Sunday 8 January 2012

hello 2012..bye-bye 2011

hye everyone! happy new year! rasenye tak terlambat lagi kan nak ucapkan hepy new year walaupun harini da 7 Januari.hahahahaaa... ade aku kisah??
so,tahun 2011 banyk suka duka,pahit manis dalam hidup aku...cekidautt!! :)

1) Berjaya menghabiskan Diploma In Nursing selama 3 tahun belajar di Nogori Sembilan..
2) Berjaya lulus peperiksaan Lembaga Jururawat (LJM).Sykur Alhamdulillah!
3) First time interview di sebuah Hospital terkenal dan Alhamdulillah! berjaya :)))
4) Berkenalan dengan chenta hati ku! harap kekal sampai akhir hayat.aminn..
5) Handphone rosak teruk dan sampai skang tak repair lagi.hmm..
6) First time dapat hadiah besday yang paling besar.hehee
7) Sangat-sangat berdikari pada tahun 2011

Terlalu banyak perkara yg berlaku sebenarnye.. Setiap yg berlaku pasti ade hikmah di sebaliknya.. Semoga tahun 2012 memberi seribu makna dan seribu perkara yg manis untuk ku..ameen~~

Tuesday 29 November 2011

pendam

Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Hati ini..
tiada siapa tahu..
Ape yang dilalui nya..
Ape yang dialaminya...
Sakit,sedih,pedih..
Itu adalah lumrah nya..

Suatu ketika dulu...
Ia retak seribu..
Hanya Tuhan saje yang tahu..
Betapa peritnya..
Pedihnya hati ini...

Hari ini..
Saat ini...
Hati ini terubat..
Biarpun kesan calar masih ade...
Tapi...
Ia tidak berdarah lagi....

Tapi....
Ku sangka kan panas berpanjangan..
Rupenye hujan di tengahari...
Ape yang diimpikan..
Ape yang diharapkan...
Semuanya musnah sekelip mata...


Tak ku sangka..
tak ku duga..
Begini jadinya....


Bersabar lah wahai hati...
Ku tahu kau kuat!...
Ku tahu kau dapat tempuhi segalanya...
Cuma...
Mengambil mase yang agak lame...
Jangan kau berputus asa...
Ubati lah dirimu dengan sebaiknya...
Kerana ku tahu..
Kau dapat bertahan selagi ianya berdetak!


by : Wan Nini
       29/11/11
       11pm
       :(

Syukur Alhamdulillah

Hye~ lame sesangat tak update this blog.sangat busy dengan kehidupan (cheewahh) dan juga busy dengan kerja.. Walaupon kerja part-time tapi aku suke kerja tu.. okey, meh nak story-mory pasal dunia kerjaya aku yang baru nak berputik nih.( eh betol ke ayat aku nih?) hahaaaa..bedal je la labu.ade aku kesah??

Tanggal 19 Oktober 2011,aku pergi interview di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur..Sangat banyak onak dan ranjau  yang terpaksa aku tempuhi untuk sampai ke tempat yang dituju..Destinasi pertama yang aku pergi adalah ke kolej aku yang terchentaa! (ekkk??)..Aku pergi sebab aku kena ambik LESEN JURURAWAT..lesen tu untuk membuktikan yang aku ni jururawat BERDAFTAR okey! Dari Melaka aku naik bas NICE yang amat nice tu menuju ke Seremban..Sampai je kat Terminal One,kena jalan kaki ke Stesyen Komuter. Dah la sorang-sorang.. Memang aku jadi seorang yang sangat berdikari. Amat bangga dengan diri aku!! Syabas Nini!!! okey,back to the topic.. Ambik KTM menuju ke Nilai.. Nasib baik la ade orang baik hati yang nak ambik aku kat Steseyen KTM Nilai.. hehe.. orang itu adalah my bestfriend! Reen atau name glamour nye Hantu GG! hahaa!! (jgn marah aku reen!) Then aku ke kolej dengan Reen.. ambil sijil then terus pergi umah nenek Reen sebab aku nak tengok album kawen die. Aku kan tak pergi mase majlis kawen die. Sorry Reen!

Lepas jer belek-membelek album kawen Reen, aku terus menuju ke destinasi yang kedua, iaitu Shah Alam.Sangat sukeeee sebab dapat jumpe dengan anak-anak buah aku yang sangat lah nakal! Rase macam da lame sangat tak jumpe dorang. Padahal baru je jumpe :)

Keesokan paginya , aku bangun agak awal sebab da dup dap dup dap kan.. Maklum lah first time nak pegi interview kat hospital yang agak fofular.. Memang seram sejuk lah kan.. Abang aku yang hensem lagi macho (nak ambik hati ni) hantar aku kat sane.. Kesian abang aku tak pergi kerje semata-mata nak hantar aku. Thank you so much Bro! Kitorang pergi agak awal.. aku interview jam 2.30 petang. tapi kitorang pergi 11.30 pagi.. Better pergi awal daripada pergi lewat kan.. Sampai jer kat sane, terus cari parking.. Tempat parking die punye lah susah nak jumpe. Da macam Shopping Complex.. Pening kepala aku..

Bile da jumpe parking teru spergi cari bilik interview untuk pendaftaran.. Sekali lagi aku pening nak cari tempat tu.. Tanya la orang kat situ.. Kitorang terus menuju ke bilik pendaftaran.. Tiba-tiba jumpa ramai lak membe aku kat situ.wah! heppy! Risau gak aku sorang-sorang nak dok situ.. Siap daftar aku dengan abang aku terus pergi makan. Kitorang pergi makan tempat yang paling dekat dengan bilik aku nak interview tu. Thanks sekali lagi bro sebab belanje aku makan Secret Recipe!

Bile da pukul 2 petang, pergi balik tempat interview..Mase tu hati da berdebar-debar.. Perasaan macam tengah menunggu untuk di bedah! Hahaha.. Tersangat la Nervous.. Nadi bergerak laju, mata berkelip 2 kali ganda, tangan da terlebih peluh, muke pucat da macam kena kejar hantu. Fuhhh!! Berdeborr! Tiba-tiba name aku dipanggil.. Mak Aiii...nak terkencing pon ade.. Sabar jelahhh..

" Cik Nini, sile perkenalkan diri anda "
Aku : Bla..bla...bla....
" Apa pandangan Cik tentang kualiti Nurse di Malaysia? "
Aku : Gulpppp!!( Sambil telan air liur ) Diam sebentar.. Ape aku nk cakap nih??
       : Bla....Bla....Bla....( aku pon tak tahu ape yang aku cakap)
"Ape pendapat Cik tentang sikap Profesional Nurse di Malaysia?? "
Aku : ape punye soalan nih? takde soalan lain ke???? Bla...Bla....Bla...
" Kenapa Cik nak jadi Nurse? Nape tak jadi Doktor?"
Aku : Bla..Bla...Bla...

Ok.. Cik boley keluar.. Nanti kami akan call Cik...
Macam aku tak dapat je. Soklan pon aku cam tak yakin je jawab.hahhaaa..

Seminggu lepas tu aku yang call.Hahaa..Sebab member-member aku yang suruh call..so,,
Aku : Hello HR,saya nak tnye ape jawapan yang interview haritu?
HR : Ape name Cik ye??
Aku : Wan N***..Interview pada 19/10/11 jam 2.30 petang. (dup dap dup dap)
HR : Tahniah Cik! Anda berjaya.. Tunggu surat tawaran dari kami awal bulan 12 ni ye..
Aku : what?? Can u repeat?? (Macam Mimpi)
HR : Anda berjaya Cik Wan N****!! Tahniah..Kami akan hantar surat tawaran awal bulan 12 ni.. Segala butiran akan disertakan..
Aku : Terima Kasih Puan! Terima Kasih Ya Allah! Syukur Alhamdulillah!!


Syukur sangat-sangat kerana Allah telah makbulkan Doa ku! Alhamdulillah.. tak tergambar dengan kata-kata betapa gembiranya aku kerana akan menjadi NURSE!

kami STAFFNURSE!! :)

Friday 14 October 2011

I'm proud to be a NURSE! :)

hye! meh kite bersihkan sesawang yang ade dalam blog aku nih! hahahaa.. lame tak update disebabkan oleh kesibukan yang teramat sangat sekarang ni ..balik keje je terus tido..kadang2 online tapi facebook yang tengok aku tidoQ! muahahhaahahahahhaa! ok la.. entry kali nie, nak cerita pasal kerjaya aku sebagai STAFFNURSE ! bukan nurse,bukan aid nurse or assistant nurse tapi REGISTERED STAFFNURSE oke! aku da boleh keje di mane2 hospital dalam negara mahupun luar negara..tapi kena ade more experience dulu before pegi terbang ke negara orang ..

Tadi dalam facebook aku ade tadi terbaca pasal NURSE .sebenarnye da lame la aku baca pasal nurse ni dalam paper dulu..pasal seorang nurse yang mengadu KENAPA HARI GURU DIADAKAN SECARA BESAR-BESARAN tetapi HARI JURURAWAT TIDAK DIENDAHKAN..yaaa..aku sangat2 setuju dengan pendapat seorang nurse ni!Memang masyarakat di luar sane tidak mengendahkan hari jururawat..malah tidak tahu pun bile hari jururawat.sedangkan hari guru semua orang tahu...betul tak???budak tadika pun tahu bile hari guru..Its normal la..Tapi bagi kami,sebagai jururawat....walaupun masyarakat tidak tahu bile hari jururawat mahupun tidak pernah sesekali pun mengambil tahu,kami tetap memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pesakit...Sekarang ni,bile pesakit mati,jururawat yang salah...eh korang tahu tak ajal,maut di tangan Tuhan..Bukan di tangan nurse..! kadang-kadang memang sedih bile dengar ade family pesakit saman-menyaman jururawat ni...Jururawat pun manusia biase yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..Kite sebagai orang yang berakal,orang yang matang,orang yang berwawasan sepatutnya memberi peluang kepada jururawat bukannya menghukum mereka!

Jururawat tidak pernah minta untuk disanjungi tetapi cukup lah sekadar memberikan ucapan terima kasih atas penat lelah mereka menjaga anda semasa anda sakit..Itu sudah cukup membuatkan jururawat tersenyum sepanjang hari..Tidak perlu pujian melambung tinggi tetapi hanya sepotong ayat "TERIMA KASIH"...Jururawat tidak pernah merungut walaupun terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi..Malah,jururawat sanggup berkorban masa dan tenaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit...Masyarakat memandang remeh terhadap tugas seorang jururawat...tapi ia tidak lah semudah yang disangka...Bertarung dengan nyawa pesakit adalah sesuatu yang sangat berat untuk dipikul.

ok la..tak nak membebel lebih2.jum baca luahan hati seorang jururawat yang tersangat syahdu ni :)

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?


Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)
i'm proud to be one of NURSES out there..


saya bersyukur dilahirkan untuk menjadi seorang jururawat!






saya nurse! :)

Thursday 29 September 2011

SEDIH

tadi stalk facebook membe2..tiba2 aku tertarik nak baca kisah yang sungguh menyayat hati aku..benar2 sedih..sampai keluar air mata aku..kisah seorang ibu yang sanggup berkorban ape saja asalkan dapat menggembirakan hati anaknya..SubhanaAllah!! sangat mulia hati seorang ibu..Terlalu menyayangi anaknya lebih dari segala-galanya..ni aku share dengan korang...korang baca ok..



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.Semoga roh nya dicucuri rahmat! amin..


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Tiba2 teringat mama aku.  :(  Sesunguhnya Allah lebih sayangkan mama aku..
Ya Allah,ampunilah dosa ibuku,cucurilah rahmat ke atas rohnya,jauhilah azab api neraka dan seksaan kubur daripada nya,bahagiakanlah ibu ku nun di sana..Amin Ya Rabbal A'lamin.. :'(



mata aku da tersangat pedih..thanks for readings!

Sunday 28 August 2011

merdeka raya!!


assalamualaikum & hye.. harini 28 ramadhan bersamaan dengan 28 ogos 2011.. bermakna lagi 2 hari semua umat islam akan menyambut hari raye aidilfitri.. uniknye tahun ini adalah kerana tarikh 31 ogos iaitu hari kemerdekaan  jatuh pada hari raya...so, tahun nie kite akan menyambut dua perayaan la.. Merdeka dan raya,maka jadi la MERDEKA RAYA!!

di kesempatan ini,saya Wan Nini Wan Hasan ingin menyusun sepuluh jari kepada semua rakan-rakan saya iaitu ex-SMKH2 (tahun 2003-2005) , ex-SMKH1 (tahun 2006-2007).. saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama kite berkawan saya ade terkasar bahasa , terlajak kata , menyinggung perasaan korang , terbuli korang atau ter mengumpat korang...maafkan semua salah dan silap saya.. dan tidak lupa juga kepada kawan-kawan di MNC (2008-2011) especially Ajaa,Reen,Kak Ain,Dieba,Mimi,Kak Farah Wida,Eda,Pikah,Dilah,Kak Sara,Kak Sue,Syira,Kak Leha,Chujah,Nuyu and semua budak-budak MNC dan juga Lecturer-lecturer MNC.. Maafkan segala kesalahan saya sepanjang kite berada bersama selama 3 tahun ini..

Semoga hari raya ini akan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya..Insyaallah..

P/S : jemput datang ke rumah saya pada hari raye pertama kerana ade sedikit majlis makan-makan..Anda semua di jemput hadir  :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN....